top of page

Naturalisme

Aliran ini bermula pada awal abad ke-19. Kebanyakan karya aliran ini ialah lukisan landskap. Walaupun karya tersebut menggambarkan figura manusia, namun fokusnya ialah pemandangan semula jadi yang mengelilingi figura tersebut. Contoh pelukis aliran ini ialah John Constable, Jules Bastien-Lepage dan Christian Wilhelm Allers.

​

Gaya aliran ini lebih menekankan seni lukisan berbentuk imitasi dengan meniru alam semula jadi dan manusia setepat yang mungkin. Hasil karya mereka seolah-olah seperti gambar foto. Media yang digunakan ialah pensel, pastel, kapur, arang, pen dan dakwat. Teknik yang biasa digunakan ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan.

​

Kebanyakan lukisan ini bertemakan alam semula jadi. Pelukis lebih mementingkan teknik dalam penghasilan sesuatu lukisan berbanding hal benda yang dilukis.

Naturalisme

photo_2023-06-24_16-55-55.jpg
photo_2023-06-24_16-57-38.jpg
bottom of page