Aliran dan Gaya
Neoklasisisme
Neoklasisisme ialah aliran utama seni visual di Eropah pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19. Aliran ini mendasari usaha untuk mempertingkatkan moral dan menyemarakkan sikap patriotik dalam kalangan rakyat. Mereka cuba menghidupkan kembali kegemilangan era klasik melalui mata pelajaran Sejarah, hikayat Rom dan hikayat Yunani. Pelukis-pelukis aliran ini yang terkenal ialah Anton Raphael Mengs, Joseph Wright dan Antoine-Jean Gros.
​
Karya aliran ini mempunyai komposisi yang diasaskan oleh pelbagai garisan. Garisan tersebut dihasilkan secara terperinci atau secara kasar yang menampakkan garis-garis bersih, jelas dan tepat. Media yang digunakan adalah seperti pastel, kapur, arang, pen dan dakwat. Teknik yang biasa digunakan ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching), gurisan dan gosokan.
​
Kandungan karya aliran ini lebih memberikan tumpuan kepada bentuk figura manusia yang ideal. Pelukis gemar menggambarkan sejarah dan pakaian klasik, iaitu Yunani kuno walaupun mereka berada pada abad ke-18.

Anton Raphael Mengs
The Ascension, 1755-1766, Pensel Hitam dan Pensel Putih (Albayalde)
Antoine-Jean Gros
Portrait of a Woman, 1793-1800, Kapur Hitam
