top of page

Aliran dan Gaya

Aliran Rococo muncul di Perancis pada awal abad ke-18. Saiz karya yang dihasilkan pada zaman ini lebih kecil. Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah François Boucher, Louis-Jean- François Lagrenée, Thomas Gainsborough, Antoine Watteau, Jean Honoré Fragonard, Giovanni Battista Tiepolo, Jean-Baptiste van Loo, Jean François de Troy dan Nicolas Lancret.

Karya lukisan ini menggunakan unsur seni yang bertindih-tindih. Penekanan dibuat untuk menyeimbangkan antara bentuk, garisan, jalinan dengan cahaya dan warna. Media yang digunakan adalah seperti pastel, kapur dan arang. Teknik yang digunakan pula ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan. Pelukis gemar menggunakan warna yang lembut dan kurang memberikan tumpuan kepada aspek latar belakang karya.

Tema yang digunakan lebih ringan berbanding dengan aliran
sebelumnya. Lukisan potret, pemandangan dan kehidupan harian khususnya berkaitan golongan bangsawan menjadi tumpuan pelukis pada era ini.

bottom of page